expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 6 Mei 2023

Kek Lapis Holiday Inn

 


Bahan-bahan:

450g mentega (syorkan guna 100% mentega tulen seperti jenama Anchor, scs, Golden churn, mentega bajet boleh guna buttercup)

1 cawan gula halus (boleh dikurangkan manis)

10 biji telor ayam gred B

1 tin kecil susu pekat manis

1 sudu kecil esen vanilla 

1 3/4 cawan tepung biskut marie (biskut marie diblend kering dan diayak)

1 1/2 cawan @ 200g horlicks

1 1/2 cawan @ 200g milo

Sedikit browning sugar

Sedikit pewarna kuning


Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang (putih).

2. Masukkan telur satu per satu.

3. Masukkan esen vanilla dan susu pekat manis.

4. Masukkan tepung biskut marie dan gaul sekata.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (sama rata)

  • Adunan 1: campurkan dengan Milo dan browning sugar
  • Adunan 2: campurkan dengan Horlicks dan pewarna kuning.
6. Sediakan loyang 8x8 dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.

7. Sediakan pengukus atau pun panaskan oven.

8. Letakkan adunan milo 1 sukatan@1 senduk ke dalam loyang dan ratakan. Kukus atau bakar rak tengah api atas bawah. 150°c selama 8 minit @ sehingga lapisan nampak mengeras. Tidak perlu sampai masak supaya lapisan antara kek tidak tertanggal.

9. Selepas itu, letakkan adunan horlicks dalam sukatan yang sama. Kukus atau bakar di rak bawah sekali api atas sahaja dan pada suhu yang sama selama 8 minit @ sehingga lapisan mengeras. 

10. Ulang langkah diatas sehingga habis adunan.

11. Kukus selama 2 jam sehingga masak. Bakar pada masa terakhir pula, rendahkan suhu lebihkan masa kepada 10 minit atau lebih. Periksa dahulu kek sudah masak atau tak menggunakan lidi. Jika lidi bersih dan adunan tak melekat pada lidi tanda kek sudah masak.

Note:
1. Elak kek mengecut dalam loyang, terus keluarkan kek dari loyang kalau sudah masak.
2. Untuk mengukus, tutup loyang guna aluminium foil supaya titikan air wap tidak terkena kek menyebabkan permukaan kek berkawah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan