expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 20 Julai 2023

Koleksi resepi menggunakan 2-3 bahan sahaja.

 1. Oreo cheesecake di dalam cawan (3 bahan)

  • 16 keping oreo dihancurkan menggunakan ziplock bag.
  • 1 paket cream cheese digaul bersama susu pekat manis. Kemanisan ikut citarasa anda. Adunan boleh dirasa terlebih dahulu.
  • Masukkan oreo yang dihancurkan kedalam adunan cheese tadi.
  • Letakkan ke dalam cawan. Boleh dihiaskan dengan serbuk oreo.
  • Masukkan ke dalam peti sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Kek Nutella (2 bahan)
  • 4 biji telur (suhu bilik) dipukul hingga gebu
  • 240gram nutella dicairkan menggunakan kaedah double boiler atau microwave.
  • Kaup balikkan kedua-dua bahan.
  • Letakkan adunan ke dalam loyang yang dah dialas baking paper.
  • Bakar selama 30 minit suhu 160°c mengikut oven masing-masing.
3. Biskut Nutella (3 bahan)
  • Campurkan 400gram nutella bersama sebiji telur dan secawan tepung gandum. Gaulkan menjadi doh.
  • Ambil sedikit adunan digelekkan menggunakan tapak tangan dan letakkan diatas dulang yang dialas dengan baking paper.
  • Lenyekkan biskut tadi menggunakan garfu.
  • Bakar 190°c selama 10-12 minit mengikut oven masing-masing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan