expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 20 Julai 2023

No bake Oreo cheesecake

 Bahan-bahan

  •  2 bungkus oreo
  • 250 gram cream cheese 
  • 200ml whipping cream
  • 1/4 butter cup
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 sudu teh gelatin
Cara-cara
  • Asingkan cream yang ada pada sebungkus biskut oreo.
  • Hancurkan biskut untuk membuat base kek.
  • 1/4 butter dicairkan dengan menggunakan mangkuk steel yang diletakkan dalam mangkuk yang berisi air panas. (Double boiler)
  • Gaul bersama biskut yang dah dihancurkan bersama butter cair tadi.
  • Letakkan ke dalam loyang atau bekas dan padatkan.
  • Letakkan sebentar didalam peti sejuk.
Topping 
  • Sebatikan cheese cream, whipping cream, krim biskut oreo dan gula halls.
  • Serbuk gelatin diletakkan air panas sehingga larut dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi.
  • Hancur atau patahkan (mengikut citarasa) sebungkus lagi biskut oreo.
  • Letakkan biskut ke dalam adunan tadi dan sebatikan. 
Keluarkan base yang sudah keras tadi dan letakkan adunan diatasnya. 

Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga adunan mengeras.

Boleh dihidang sekurangnya selepas 4 jam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan