expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 7 Ogos 2023

Candida Diet | Rawat eczema dari dalam badan secara semulajadi

Disclaimer: kenyataan kat bawah adalah dari pengalaman dan research dari tiaa sendiri. Tiaa bukan nurse or doktor. Anda sendiri perlu merujuk kepada pakar berkenaan kesihatan anda.

• Kesihatan fizikal adalah dari kesihatan dalaman yang terjaga.

• Semua penyakit berasal dari dalaman perut kita. Usus adalah rumah bagi 70% sistem imun dan sel2 usus yang membantu memecahkan dan menyerap nutrien makanan sekaligus membuang toxin yang seharusnya dibuang.

•Pertumbuhan yis berlebihan/"candida overgrowth" terjadi apabila koloni bakteria jahat lebih banyak dari bakteria baik. Ia dikenali sebagai Candida Albican (sejenis fungus). Ia adalah fungus biasa yang memang terdapat pada mulut dan didalam perut tetapi jika berlebihan ia akan merebak di dalam perut seterusnya menyebabkan kebocoran kepada usus dan masuk kedalam salur darah.

• Kebocoran pada usus dipanggil "leaky gut" yang menyebabkan toxin masuk ke salur darah dan menjadi punca utama terjadi pelbagai penyakit.

•Punca pertumbuhan candida albican yang berlebihan & leaky gut adalah dari 
~pengambilan antibiotik (membunuh bakteria baik), 
~ubat perancang kehamilan (mengandakan pertumbuhan candida albican), 
~stress yang tak dikawal, 
~pemakanan tinggi gula dan makanan berkanji yang diproses (penyebab utama)
~gluten.

•Pertumbuhan yis candida berlebihan akan menyebabkan 
~infeksi pada kulit (eczema, acne, etc)
~pening kepala & migraine, 
~isu kehadaman, 
~penat yang melampau, 
~hormon tak stabil dan side effects seperti keresahan melampau (anxiety) dan depresi.
~autoimmune disease
~diabetes
~add & adhd
~alergi pemakanan
~joint pain & arthritis
~thyroid condition 

• Cara untuk membunuh/mengurangkan yis candida albican ini adalah 
~pantang gula, madu, buah-buahan yang manis dan makanan berkarbohidrat tinggi 
~amalkan minum apple cider vinegar. Untuk permulaan ambil 1 sudu teh apple cider vinegar larutkan ke dalam 1 cawan air suam.
~ambil suplemen probiotik atau ambil pemakanan yang ada probiotic dan prebiotic seperti yogurt, sauerkraut (akan diupdate next blog)
~ambil makanan yang tinggi collagen seperti bone broth (sup ayam atau tulang yang dimasak berjam2 menghasilkan gel2 yang kaya kolagen)
~ambil makanan yang berasaskan kelapa seperti minyak kelapa dara, air kelapa.

• Ikut diet ini dalam 14 hari dan pernambahan 7 hari (dah boleh masukkan makanan berkanji rendah dan buah rendah gula) dan rasakan perbezaan pada badan anda. Selain diet untuk kesihatan anda juga dapat mengurangkan berat badan. 






Khamis, 20 Julai 2023

Koleksi resepi menggunakan 2-3 bahan sahaja.

 1. Oreo cheesecake di dalam cawan (3 bahan)

  • 16 keping oreo dihancurkan menggunakan ziplock bag.
  • 1 paket cream cheese digaul bersama susu pekat manis. Kemanisan ikut citarasa anda. Adunan boleh dirasa terlebih dahulu.
  • Masukkan oreo yang dihancurkan kedalam adunan cheese tadi.
  • Letakkan ke dalam cawan. Boleh dihiaskan dengan serbuk oreo.
  • Masukkan ke dalam peti sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Kek Nutella (2 bahan)
  • 4 biji telur (suhu bilik) dipukul hingga gebu
  • 240gram nutella dicairkan menggunakan kaedah double boiler atau microwave.
  • Kaup balikkan kedua-dua bahan.
  • Letakkan adunan ke dalam loyang yang dah dialas baking paper.
  • Bakar selama 30 minit suhu 160°c mengikut oven masing-masing.
3. Biskut Nutella (3 bahan)
  • Campurkan 400gram nutella bersama sebiji telur dan secawan tepung gandum. Gaulkan menjadi doh.
  • Ambil sedikit adunan digelekkan menggunakan tapak tangan dan letakkan diatas dulang yang dialas dengan baking paper.
  • Lenyekkan biskut tadi menggunakan garfu.
  • Bakar 190°c selama 10-12 minit mengikut oven masing-masing.


Biskut semperit susu 3 bahan

 Bahan-bahan

  • 125gram susu pekat manis
  • 125gram butter 
  • 230gram tepung jagung
Cara-cara 
  • Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang. Cukup sampai sebati sahaja.
  • Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
  • Picit guna acuan semperit terus diatas dulang yang telah dilapik dengan baking paper.
  • Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 170°c (mengikut oven masing-masing) sampai bawah biskut menguning sedikit 12-15 min). Tak perlu bakar sampai garing supaya cair dimulut. Semperit yang dikeluar dalam oven lembut sedikit tetapi akan mengeras bila disejukkan.
  • Letakkan biskut ke dalam bekas kedap udara.

No bake Oreo cheesecake

 Bahan-bahan

  •  2 bungkus oreo
  • 250 gram cream cheese 
  • 200ml whipping cream
  • 1/4 butter cup
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 sudu teh gelatin
Cara-cara
  • Asingkan cream yang ada pada sebungkus biskut oreo.
  • Hancurkan biskut untuk membuat base kek.
  • 1/4 butter dicairkan dengan menggunakan mangkuk steel yang diletakkan dalam mangkuk yang berisi air panas. (Double boiler)
  • Gaul bersama biskut yang dah dihancurkan bersama butter cair tadi.
  • Letakkan ke dalam loyang atau bekas dan padatkan.
  • Letakkan sebentar didalam peti sejuk.
Topping 
  • Sebatikan cheese cream, whipping cream, krim biskut oreo dan gula halls.
  • Serbuk gelatin diletakkan air panas sehingga larut dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi.
  • Hancur atau patahkan (mengikut citarasa) sebungkus lagi biskut oreo.
  • Letakkan biskut ke dalam adunan tadi dan sebatikan. 
Keluarkan base yang sudah keras tadi dan letakkan adunan diatasnya. 

Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga adunan mengeras.

Boleh dihidang sekurangnya selepas 4 jam.


Sabtu, 6 Mei 2023

Kek Lapis Holiday Inn

 


Bahan-bahan:

450g mentega (syorkan guna 100% mentega tulen seperti jenama Anchor, scs, Golden churn, mentega bajet boleh guna buttercup)

1 cawan gula halus (boleh dikurangkan manis)

10 biji telor ayam gred B

1 tin kecil susu pekat manis

1 sudu kecil esen vanilla 

1 3/4 cawan tepung biskut marie (biskut marie diblend kering dan diayak)

1 1/2 cawan @ 200g horlicks

1 1/2 cawan @ 200g milo

Sedikit browning sugar

Sedikit pewarna kuning


Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang (putih).

2. Masukkan telur satu per satu.

3. Masukkan esen vanilla dan susu pekat manis.

4. Masukkan tepung biskut marie dan gaul sekata.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (sama rata)

  • Adunan 1: campurkan dengan Milo dan browning sugar
  • Adunan 2: campurkan dengan Horlicks dan pewarna kuning.
6. Sediakan loyang 8x8 dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.

7. Sediakan pengukus atau pun panaskan oven.

8. Letakkan adunan milo 1 sukatan@1 senduk ke dalam loyang dan ratakan. Kukus atau bakar rak tengah api atas bawah. 150°c selama 8 minit @ sehingga lapisan nampak mengeras. Tidak perlu sampai masak supaya lapisan antara kek tidak tertanggal.

9. Selepas itu, letakkan adunan horlicks dalam sukatan yang sama. Kukus atau bakar di rak bawah sekali api atas sahaja dan pada suhu yang sama selama 8 minit @ sehingga lapisan mengeras. 

10. Ulang langkah diatas sehingga habis adunan.

11. Kukus selama 2 jam sehingga masak. Bakar pada masa terakhir pula, rendahkan suhu lebihkan masa kepada 10 minit atau lebih. Periksa dahulu kek sudah masak atau tak menggunakan lidi. Jika lidi bersih dan adunan tak melekat pada lidi tanda kek sudah masak.

Note:
1. Elak kek mengecut dalam loyang, terus keluarkan kek dari loyang kalau sudah masak.
2. Untuk mengukus, tutup loyang guna aluminium foil supaya titikan air wap tidak terkena kek menyebabkan permukaan kek berkawah.