expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 20 Julai 2023

Biskut semperit susu 3 bahan

 Bahan-bahan

  • 125gram susu pekat manis
  • 125gram butter 
  • 230gram tepung jagung
Cara-cara 
  • Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang. Cukup sampai sebati sahaja.
  • Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
  • Picit guna acuan semperit terus diatas dulang yang telah dilapik dengan baking paper.
  • Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 170°c (mengikut oven masing-masing) sampai bawah biskut menguning sedikit 12-15 min). Tak perlu bakar sampai garing supaya cair dimulut. Semperit yang dikeluar dalam oven lembut sedikit tetapi akan mengeras bila disejukkan.
  • Letakkan biskut ke dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan