expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 7 Ogos 2023

Candida Diet | Rawat eczema dari dalam badan secara semulajadi

Disclaimer: kenyataan kat bawah adalah dari pengalaman dan research dari tiaa sendiri. Tiaa bukan nurse or doktor. Anda sendiri perlu merujuk kepada pakar berkenaan kesihatan anda.

• Kesihatan fizikal adalah dari kesihatan dalaman yang terjaga.

• Semua penyakit berasal dari dalaman perut kita. Usus adalah rumah bagi 70% sistem imun dan sel2 usus yang membantu memecahkan dan menyerap nutrien makanan sekaligus membuang toxin yang seharusnya dibuang.

•Pertumbuhan yis berlebihan/"candida overgrowth" terjadi apabila koloni bakteria jahat lebih banyak dari bakteria baik. Ia dikenali sebagai Candida Albican (sejenis fungus). Ia adalah fungus biasa yang memang terdapat pada mulut dan didalam perut tetapi jika berlebihan ia akan merebak di dalam perut seterusnya menyebabkan kebocoran kepada usus dan masuk kedalam salur darah.

• Kebocoran pada usus dipanggil "leaky gut" yang menyebabkan toxin masuk ke salur darah dan menjadi punca utama terjadi pelbagai penyakit.

•Punca pertumbuhan candida albican yang berlebihan & leaky gut adalah dari 
~pengambilan antibiotik (membunuh bakteria baik), 
~ubat perancang kehamilan (mengandakan pertumbuhan candida albican), 
~stress yang tak dikawal, 
~pemakanan tinggi gula dan makanan berkanji yang diproses (penyebab utama)
~gluten.

•Pertumbuhan yis candida berlebihan akan menyebabkan 
~infeksi pada kulit (eczema, acne, etc)
~pening kepala & migraine, 
~isu kehadaman, 
~penat yang melampau, 
~hormon tak stabil dan side effects seperti keresahan melampau (anxiety) dan depresi.
~autoimmune disease
~diabetes
~add & adhd
~alergi pemakanan
~joint pain & arthritis
~thyroid condition 

• Cara untuk membunuh/mengurangkan yis candida albican ini adalah 
~pantang gula, madu, buah-buahan yang manis dan makanan berkarbohidrat tinggi 
~amalkan minum apple cider vinegar. Untuk permulaan ambil 1 sudu teh apple cider vinegar larutkan ke dalam 1 cawan air suam.
~ambil suplemen probiotik atau ambil pemakanan yang ada probiotic dan prebiotic seperti yogurt, sauerkraut (akan diupdate next blog)
~ambil makanan yang tinggi collagen seperti bone broth (sup ayam atau tulang yang dimasak berjam2 menghasilkan gel2 yang kaya kolagen)
~ambil makanan yang berasaskan kelapa seperti minyak kelapa dara, air kelapa.

• Ikut diet ini dalam 14 hari dan pernambahan 7 hari (dah boleh masukkan makanan berkanji rendah dan buah rendah gula) dan rasakan perbezaan pada badan anda. Selain diet untuk kesihatan anda juga dapat mengurangkan berat badan. 






Khamis, 20 Julai 2023

Koleksi resepi menggunakan 2-3 bahan sahaja.

 1. Oreo cheesecake di dalam cawan (3 bahan)

  • 16 keping oreo dihancurkan menggunakan ziplock bag.
  • 1 paket cream cheese digaul bersama susu pekat manis. Kemanisan ikut citarasa anda. Adunan boleh dirasa terlebih dahulu.
  • Masukkan oreo yang dihancurkan kedalam adunan cheese tadi.
  • Letakkan ke dalam cawan. Boleh dihiaskan dengan serbuk oreo.
  • Masukkan ke dalam peti sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Kek Nutella (2 bahan)
  • 4 biji telur (suhu bilik) dipukul hingga gebu
  • 240gram nutella dicairkan menggunakan kaedah double boiler atau microwave.
  • Kaup balikkan kedua-dua bahan.
  • Letakkan adunan ke dalam loyang yang dah dialas baking paper.
  • Bakar selama 30 minit suhu 160°c mengikut oven masing-masing.
3. Biskut Nutella (3 bahan)
  • Campurkan 400gram nutella bersama sebiji telur dan secawan tepung gandum. Gaulkan menjadi doh.
  • Ambil sedikit adunan digelekkan menggunakan tapak tangan dan letakkan diatas dulang yang dialas dengan baking paper.
  • Lenyekkan biskut tadi menggunakan garfu.
  • Bakar 190°c selama 10-12 minit mengikut oven masing-masing.


Biskut semperit susu 3 bahan

 Bahan-bahan

  • 125gram susu pekat manis
  • 125gram butter 
  • 230gram tepung jagung
Cara-cara 
  • Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang. Cukup sampai sebati sahaja.
  • Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
  • Picit guna acuan semperit terus diatas dulang yang telah dilapik dengan baking paper.
  • Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 170°c (mengikut oven masing-masing) sampai bawah biskut menguning sedikit 12-15 min). Tak perlu bakar sampai garing supaya cair dimulut. Semperit yang dikeluar dalam oven lembut sedikit tetapi akan mengeras bila disejukkan.
  • Letakkan biskut ke dalam bekas kedap udara.

No bake Oreo cheesecake

 Bahan-bahan

  •  2 bungkus oreo
  • 250 gram cream cheese 
  • 200ml whipping cream
  • 1/4 butter cup
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 sudu teh gelatin
Cara-cara
  • Asingkan cream yang ada pada sebungkus biskut oreo.
  • Hancurkan biskut untuk membuat base kek.
  • 1/4 butter dicairkan dengan menggunakan mangkuk steel yang diletakkan dalam mangkuk yang berisi air panas. (Double boiler)
  • Gaul bersama biskut yang dah dihancurkan bersama butter cair tadi.
  • Letakkan ke dalam loyang atau bekas dan padatkan.
  • Letakkan sebentar didalam peti sejuk.
Topping 
  • Sebatikan cheese cream, whipping cream, krim biskut oreo dan gula halls.
  • Serbuk gelatin diletakkan air panas sehingga larut dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi.
  • Hancur atau patahkan (mengikut citarasa) sebungkus lagi biskut oreo.
  • Letakkan biskut ke dalam adunan tadi dan sebatikan. 
Keluarkan base yang sudah keras tadi dan letakkan adunan diatasnya. 

Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga adunan mengeras.

Boleh dihidang sekurangnya selepas 4 jam.


Sabtu, 6 Mei 2023

Kek Lapis Holiday Inn

 


Bahan-bahan:

450g mentega (syorkan guna 100% mentega tulen seperti jenama Anchor, scs, Golden churn, mentega bajet boleh guna buttercup)

1 cawan gula halus (boleh dikurangkan manis)

10 biji telor ayam gred B

1 tin kecil susu pekat manis

1 sudu kecil esen vanilla 

1 3/4 cawan tepung biskut marie (biskut marie diblend kering dan diayak)

1 1/2 cawan @ 200g horlicks

1 1/2 cawan @ 200g milo

Sedikit browning sugar

Sedikit pewarna kuning


Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang (putih).

2. Masukkan telur satu per satu.

3. Masukkan esen vanilla dan susu pekat manis.

4. Masukkan tepung biskut marie dan gaul sekata.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (sama rata)

  • Adunan 1: campurkan dengan Milo dan browning sugar
  • Adunan 2: campurkan dengan Horlicks dan pewarna kuning.
6. Sediakan loyang 8x8 dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.

7. Sediakan pengukus atau pun panaskan oven.

8. Letakkan adunan milo 1 sukatan@1 senduk ke dalam loyang dan ratakan. Kukus atau bakar rak tengah api atas bawah. 150°c selama 8 minit @ sehingga lapisan nampak mengeras. Tidak perlu sampai masak supaya lapisan antara kek tidak tertanggal.

9. Selepas itu, letakkan adunan horlicks dalam sukatan yang sama. Kukus atau bakar di rak bawah sekali api atas sahaja dan pada suhu yang sama selama 8 minit @ sehingga lapisan mengeras. 

10. Ulang langkah diatas sehingga habis adunan.

11. Kukus selama 2 jam sehingga masak. Bakar pada masa terakhir pula, rendahkan suhu lebihkan masa kepada 10 minit atau lebih. Periksa dahulu kek sudah masak atau tak menggunakan lidi. Jika lidi bersih dan adunan tak melekat pada lidi tanda kek sudah masak.

Note:
1. Elak kek mengecut dalam loyang, terus keluarkan kek dari loyang kalau sudah masak.
2. Untuk mengukus, tutup loyang guna aluminium foil supaya titikan air wap tidak terkena kek menyebabkan permukaan kek berkawah.




Sabtu, 27 April 2019

Diy tungku baby


Seperti yang dijanjikan post sebelum ni, ni dia cara2 nak buat tungku baby 

Mula2, sediakan bahan2
1. Fabrik (apa2 jenis kain blh pakai)
2. Tali/reben
3. gunting
4. Herba seperti lada hitam, jintan manis & halba (guna je apa yg ada, kalau nak letak lada hitam je pn boleh) sangaikan.. 


Letak kain yg besar sikit kt bawah pastu tindihkan dgn 1 lagi kain kecik kat tengah2


Letak herba yang dah sangai tadi kat tengah2 atas kain kecil tadi


Pastu, himpunkan kain jadikan macam bunjut pastu ikat. 

Letak tepi jap, kita prepare kain segiempat memanjang untuk pemegang tungku. Lipat 2 bahagian macam dalam gambar


Ambil bunjut tadi kemas kan atas bunjut


Ambil kain yang dilipat tadi untuk cover pemegang


Ikatkan


Lilitkan tali/reben pada pemegang. Tya pilih tali guni.. Hihi.. Tungku tya kecik je, uols boleh tambah herba sebyk yg uols suka.. Mak2 lepas bersalin atau yg sengugut pun boleh guna. 
Dah siap.. 
Boleh panaskan dengan gunakan seterika pastu tuam kat belakang tapak tangan sebelum tuam kat perut baby. 

Isnin, 22 April 2019

Colic/sawan tangis /kembung pada bayi

Hi, hari ni tya nak share psl colic yang ada pada newborn baby. Sekarang, Tya sedang mengalami nya. Baby Ishaq berapa hari lg akn masuk 3 bln. Ya mama, tya faham bagaimana perasaan letih, desperate nak tidur, frust anak susah nak dipujuk n kdg2 rasa nak mrh but ank mseh baby lg kn x fhm.. So, I feel u mama..

Apa itu colic?

  • Baby sihat yg menangis berlebihan dan susah/x dpt ditenangkan. 
  • Colic akn bermula dari umur baby 3 minggu dan menangis at least 3 jam sehari, 3 kali seminggu. 
  • Colic akn beransur hilang sehingga baby mencecah 3~4 bulan. 

Bagaimana nak tahu baby ada colic?

  • Menangis sehingga muka kemerahan dan x dpt ditenangkan
  • Baby menggenggam tgnnya dan kakinya pula meronta2 hingga lutut baby di ats perutnya seperti tgh menahan sakit perut. 
  • Baby lebih kerap menangis semasa lewat petang tetapi boleh berlaku bila2 masa. 

Cara2/tips utk menenangkan baby colic

  • Guna baby carrier 

Baby ssh ditenangkan apabila dikendong seperti dalam posisi menyusu disebabkan angin dalam perut. Lebih mudah dan selesa untuk baby tidur jika dlm kedudukan duduk(upright).

  • White noise

Bunyi white noise adalah seperti bunyi hairdryer, kipas, washing machine dan vacuum. Tapi mama boleh download app white noise kat google play atau search je kt youtube. Kenapa plak baby suka dgr bunyi bising? Ini disebabkan baby sudah biasa dengar bunyi bising ketika dalam perut mama lagi.

  • Bergerak/dodoikan baby

Dari pengalaman tya sendiri, baby Ishaq lebih suka dikendong dalam posisi duduk ats tgn kiri, kepala dibaring ats bahu atau dada dan tgn kanan tepuk2 belakang baby. Tya pusing satu rmh tenangkan baby Ishaq sampaila baby Ishaq tertidur 😴

  • Urutan

Setiap kali selepas mandi, tya akan guna tungku baby yg tya dh panaskan tuam kt perut baby(tya diy sendiri tau, next post tya update mcm mana nak buat) pastu tya akan membuat urutan lembut satu badan baby guna Johnson baby oil warna purple. Mmg berkesan uols, baby mmg akn tidur lebih lama. Rekomen sgt2. Lepas tu, tya akan letak minyak telon(tya guna minyak baby amway) kt perut dan buat urutan ILU terbalik kat perut baby mcm kt gmbar bawah

Selain urutan ILU, tya selalu main kaki baby seperti kayuh basikal lepas tu angkat kaki ke perut kompom angin degil keluar.

  • Bedung baby 

Tya ada post bagaimana cara bedung dan kelebihannya. Mama boleh search kt tepi 🤗

  • Ubah pemakanan untuk mama yang menyusu badan

Salah satu penyebab gas/angin dalam perut baby disebabkan apa yang mama makan. Contoh apa mknn yg boleh dan x boleh dimakan, mama boleh rujuk gambar bawah
Utk mama yang mengunakan susu formula kepada bayi pula, mama cuba bagi susu formula yang hypoallergenic. Mungkin sebab baby mama x sesuai susu lembu ke. Mama boleh refer doktor.

  • Cuba botol yg sesuai 

Gunakan botol susu yg anti colic seperti Tommie tippie, como tomo atau yg lain2 supaya baby x menghisap lebihan angin semasa menyusu.

  • Penyusuan

Mama perlu pastikan baby melekap dgn betul. Kalau mama perasan semasa menyusu, baby sengaja lepaskan puting mama disebabkan susu laju keluar (spraying) dan baby xnak hisap pastu, last2 menangis kelaparan disebabkan x hisap susu last yang lebih pekat, baby hanya sempat minum susu yg awl keluar yg lebih cair. Lagi banyak menangis lagi banyak angin masuk 😥
Jadi, mama perlu pam keluar susu mama sebelum menyusu atau mama boleh tadah guna milk collector(tya ada jual tau cek link kt bwh). Pastu mama boleh simpan lebihan susu yang mama tadah/pam.

https://shopee.com.my/product/43737992/1465008832?smtt=0.0.9

  • Petua

Selain dari jaga pemakanan, tya kongsi petua yang tya juga amal iaitu teh jintan manis. Jintan manis mampu membantu membuang angin dalam perut baby. Petua ni, tya dapat dari Pinterest. Samaada beri kepada baby atau mama yang minum. Cara2 nya, rendam jintan manis ke dalam air panas. Biarkan beberapa minit, bila dh suam2 mama boleh la minum.
Selain dari teh jintan manis, alternatif terakhir mama boleh cuba ialah beri gripe water kepada baby. Gripe water ni dah lama wujud dan berkesan dalam merawat angin/kembung dalam perut baby dan mengurang tidak selesa baby yang baru nak tumbuh gigi. Gripe water boleh didapati di farmasi. Mama boleh minta pandangan doktor mengenai hal ni.

  • Mama harus sentiasa tenang

Nak jaga baby yang ada colic ni mmg susah, stress seperti tya ckp awl td. Tapi mama jangan risau, colic ni x belarutan dan x mengakibatkan kecederaan berpanjangan pada baby. Kalau mama rasa x dpt nak handle rasa marah, mama beri baby kepada husband atau siapa2 yg mama percaya pegang kejap atau mama letakkan baby mama di tmpt selamat, mama pergi ke tempat lain atau pergi ke dapur minum air tenangkan diri. Tarik nafas panjang2. Bila mama dh tenang mama pergi cuba sekali lagi tenangkan baby. Ini mengelakkan mama dari mengoncangkan bayi bila dalam keadaan marah.

Sabarlah mama, ini cuma satu fasa dan ianya akan berlalu. Nikmati lah moment bersama baby❤️